Sunday, September 27, 2009

praktikal




Gambar kat atas ni antara kenangan aku masa praktikal..haha. Aku just nak story about life aku sebagai seorang 3D animator walaupun pengalaman aku xbnyak mana pun. 

Jadi seorang animator ni memang syok dan mnyeronokkan macam korek hidung kalau ada minat ok. Aku ingat lagi, first animasi yg aku animated adalah animasi pendek yg btajuk "Qie n Tail".

Ini masa praktikal yerrr. Mula2 dapat shot yang kena animated tu, pergh..rasa xyakin, xleh nak buat, risau, gabra, jakun, cirit-birit..haha. Awat teruk sangat? sebab aku ni sebenarnya minat buat 2D animation sebelum nak pilih tempat praktikal. Tapi Tuhan Maha Kuasa, tiba2 nawaitu aku berubah ambil 3D animation. 

Aku agak risau jugaklah masa dapat shot2 untuk di animated masa praktikal tu dulu, sebelum ini ada belajar 3D dekat kolej. Best tu memang best tapi ada masa rasa nak campak je monitor dekat parking tesco!(jgn tiru aksi ini)haha. Pening tuuuu..kadang2 xdapat pickup semua yang kita belajar..huhu.

Itu yang tiba2 masa praktikal ambil 3D animation rasa mcm culture shot kejap..eh!haha. Habis aku kena update balik semua ilmu 3D dalam otak kiri aku..haha. 

Ok..berbalik pada first time buat animated tu, mula2 rase mcm senang saja nak animated karakter ni. Lepas dah test, pergh.com! memang agak sukar kerana ia memerlukan imaginasi yang kreatif kita untuk mengerakkan karakter itu mengikut shot. Kalau first time tu memang biasalah kalau pergerakkan karakter tu mcm robot, slow atau terlaju..haha. 

Tapi selepas melihat hasilnye, pergh..hanya Tuhan saja yang tahu berapa seronok, bangga, bongkak, ego dan gembiranya apabila melihatnya.

Cerita animasi "Qie n Tail" ini asalnya budak2 giatmara yang buat tapi masa aku praktikal, tempat praktikal tu xcukup pc..aduh! Jadi aku pun menumpang kasih di giatmara buat sementara waktu. Banyak benda yang aku belajar dan ilmu baru yang aku dapat masa praktikal selain mendapat kenalan baru yang begitu master dalam dunia 3D animation. Aku memang tabik dengan korang!

Pssst! tak juga lupa. Aku praktikal selama 5 bulan tapi 2 bulan aku tak buat kerja. Nak tahu kenapa? sebab cikgu giatmara tu memang gila! kebetulan baru setup networking dekat pc, boleh cikgu tu bantai install game counter strike!haha. 2 bulan kitorang main game..sedih2!haha