Monday, January 11, 2010

Melawak

Dengar best ja kan bila orang buat lawak, sampai tergelak sampai guling2 macam tenggiling..hehe. 

Entahlah.


Aku suka juga bergurau,  buat lawak mengarut, merapu dengan family, member2 aku.


Entahlah. Aku pun xtahu nak kata macam mana. Aku sebenarnya suka merapu untuk meng-happy-kan diri aku.


Menyorokkan kusut (bukan kasut ye..haha) supaya orang xnmpak. Kadang2 orang kata masalah ni kalau kita dapat selesaikan seorang diri ni baru kita dikira matang dan dapat belajar benda baru. Dengan itu kita dapat memantapkan tahap kematangan.


Ye ker?


Entahlah.


Bagi aku xsemua masalah boleh kita selesaikan seorang diri..huhu. 


Bak kata pepatah "2 3 kucing berlari, mana nak sama dengan cipan menari.." eh!..haha. Aku pun xtahu apa kena mengena masalah dengan pepatah tu..haha.


Aku dah naik malas nak bergurau, buat lawak sebab aku penat. Penat melayan karenah manusia yang mahu hati mereka saja dijaga tapi hati orang xmahu jaga. Aku meng-happy-kan dirinya untuk diea melupakan masalahnya tapi balasan yang aku dapat banyakan buat aku makan hati sampai aku terpaksa gelak plastik..huhu.


Aku malas jadi macam diri aku sebelum ni. Aku nak keluar dari kepompong seorang pemalu tahap gaban, pendiam walaupun suka bergurau, cepat kecil hati(bukan emo ok..haha).


Aku nak berubah tapi disebabkan sesetengah perangai manusia ni yang buat aku jadi macam perangai aku dulu..hmm..


Entahlah.




nampak serius x? takut x? garang x?haha

Monday, January 4, 2010

Era Kegemilangan Online(E.K.O) bakal berakhir

Entahlah, semenjak dua menjak 3 menjak ni hatiku berkata(cewah~) Aku merasakan bakal2 meninggalkan dunia online aku macam myspace, fb, blog dan ym.

Kenapa?entahlah..hahaha.

Kalau ikutkan aku memang malas dah nak online sebab merosakan kornea mata kiri aku je..huhu. Tapi nak buat macam mana sebab member2 semua kaki online kalau nak chat or bincang2 apa2. Diorang kedekut taik idung masin nak tolak kredit telefon untuk member2 dia. Almaklum lah 24 jam non-stop mesej dengan buah hati..huhu

Aku berharap sangatlah dapat kerja dekat johor sebab aku dah malas nak duduk rumah tanam anggur je, kalau boleh jual anggur tu takpalah juga..haha. Aku ada juga buat part-time ye, bukan duduk habis beras saja dekat rumah. Tapi masalah part-time aku ni ada hubung kait-mengait dengan sekolah. Jadi kalau sekolah cuti maka automatic aku pun cuti. Bila aku cuti jadi aku pun takda duit..haha. Bila takda duit, pergi mana2 member support. Alololo,,baik betul hati dan pankreas member aku.

Tak tahu nak balas budi korang macam mana, aku harap kalau boleh korang belanjalah lagi ye..haha!

Lepas tu member2 3D aku dah mula sambung degree..pergh. Jeles siot tahap ultraman daia(nama macam pencuci baju pula..haha) Aku memang nak sambung tapi nak buat macamana, aku sebagai anak sulung atau dlm bahasa saintifiknya "ABANG ALONG" jadi terpaksalah berkorban untuk adik2..cewah(tbe2 trase cm hero lak..haha)

Hah! baru aku teringat pasal azam tahun baru. Kejap2 aku fikir sat. Hmm..yang pertama, nak jadi seorang yang gempak dalam bidang aku ceburi ni.

Yang kedua, nak buang sifat pmalas.

Ketiga, sambung degree(insyallah kalua ada nak sponsor).

Dan yang terakhir, nak cari ehem2..fewiittt..ahahaha. Umur dah makin meningkat geng. Nanti solo lama2 sangat kang xkahwin(fikir kahwin siot..hahaha)

Sebelum aku menutup tirai..eh kejap! Blog ni ada tirai ke?!haha. Senang ceritalah sebelum aku mengakhiri nukilan merapu aku ni, saya MUHAMMAD KHAIRUL ANAS B. ABDUL RAMAN dengan ini mengistiharkan zaman era kegemilangan online (E.K.O) aku mugkin akan berakhir lepas aku dapat kerja nanti..(hekeleh~)haha.


Wassalam.



Aku nak pergi merantau dengan kenderaan ajaib! Laju weiii! haha