Friday, March 1, 2019

Serius

Tiada idea nak taip apa tapi tangan gatal nak menaip. Saya mengalami masalah kerja sekarang, agak serius. Awal tahun lepas, saya bekerja kejap di Damansara dengan seorang Dato. Bisnes produk kosmetik dan kesihatan. Pertama kali bekerja sebagai in-house designer. Saya berkerja selama 3 bulan sahaja, kenapa? Saya boleh katakan tak tersentuh kerja hakiki saya sebagai designer tetapi sibuk dengan hantar barang, jadi pemandu, kira stok. Dato ini wanita ya, suami dia Dato juga tapi dia minta panggil bos saja.

Saya mengambil langkah berhenti kerja kerana saya terasa macam hamba, dimana last minit ketika waktu malam Dato minta saya pergi Terengganu esok dan minta bawa sekali kotak produk dekat ofis. Saya ingat 1-2 kotak tapi ada dalam 5-6 kotak. Bukan kotak kecil tapi perlu pegang dengan 2 tangan untuk angkat 1 kotak itu. Sampai hotel ingat dapatlah bilik best sekali dia book saya bilik paling murah. Bilik tu jauh, ada lorong kena lalu stor hotel, serius macam pergi black market. Apalah labur sikit dekat staff bagi bilik yang baik sikit, bukan minta VIP room pun.

Lepastu ada lagi masa kerja dekat Penang, last minit mak saya tak sihat. Minta pelepasan untuk pulang ke Kajang, saya ke Penang naik kereta syarikat jadi minta kebenaran guna kereta itu. Dato minta tanya suami dia dulu. Suami dia kata minta tenangkan diri dulu esok kita bincang. Adik-adik saya dah telefon tanya bila nak balik, masa itu agak stress juga. Keesokkan harinya saya telefon suami Dato dan dia tak bagi guna, dia minta saya balik guna bas. Kalau cakap awal-awal saya beli tiket semalam balik pagi. Saya terus pergi beli tiket, lepastu saya siap kemas baju tiba-tiba staff kata bos minta saya bawa balik buah pisang muda yang dekat rumah bos di Penang.

Gila setandan pisang besar tu nak bawa naik bas, dah lah tak bagi guna kereta lepastu banyak songgeh. Patah tangan bawa pisang tu, serius berat. Hati tengah risau pasal mak lepastu bos buat hal memang tak fikir panjanglah. Makin membara-bara api nak berhenti kerja.

Serius ini antara kerja paling tak best dalam pengalaman saya. Lepastu saya jumpa manager lama dan offer kerja sebagai pereka grafik dengan dia dalam bisnes ayam. Tugas saya buat poster, konsep logo, packging, bunting, layout concept. Selepas beberapa minggu bos saya minta join projek dia iaitu Pasar Komuniti. Secara asas ini pasar pagi dikawasan taman dan harganya dijual dengan harga murah.

Projek ini ok tapi dari segi manage dia kurang menjadi sebab kurang sambutan dan ada masalah orang dengki. Dalam masa sama kami turut serta dengan LKIM dalam projek mereka, setiap sabtu ahad akan ada 2-3 lokasi area selangor akan jual ayam, ikan, sayur dan buah-buahan dengan harga yang sangat berpatutan. Ayam segar sekilo RM5.99, mana nak jumpa.

Selepas beberapa bulan kami mula aktif dengan FAMA. Jadi saya diberi tugasan untuk handle bahagian operasi. Sebenarnya manager saya yang patut handle tapi bos pening bila manager handle. Sangat-sangat penat sampai last-last saya selamba bawa lori 5 tan sebab pening karenah pemandu lori. Pernah hanya tidur 1 jam lepastu kena buat kerja berat. Walaupun jualan ini hanya sabtu ahad tapi kena handle baik-baik sebab ada 5-6 tempat perlu di hantar sebelum pukul 8 pagi, Bayangkan satu tempat paling kurang 150ekor ayam, patah pinggang nak angkat.

Rasanya 6bulan saja saya kerja lepastu berhenti sebab banyak hal dari segi management, pemborosan stok, tak bayar overtime dan kwsp. Baik saya berhentilah, bos saya jenis suka berhutang dan bila masa bayar dia silent. Makin banyak benda terbuka maka saya ambil langkah untuk undurkan diri.

Selepas itu saya fokus buat freelance sahaja sebab nak berehat kejap, patah pinggang kerja sebelum ini, Paling gila pernah angkat 2000ekor ayam itu bawa ke Pahang. Selepas hampir 2 bulan buat freelance, saya mula fokus cari kerja, Alhamdulillah ada seorang wanita berbangsa arab berminat dengan design saya dan offer saya kerja. Saya mula lapor diri pada awal bulan 12 tahun lepas.

Bos saya yang orang arab ni baru saja nak buat bisnes umrah. Maka saya mula dengan design logo, namecard, poster, letterhead & profile company. Kerja dengan dia tak susah cuma suka tukar benda kecil dan take time untuk proceed. Syarikat saya ini tumpang ofis kawan dia, nak dijadikan cerita selepas sebulan saya kerja  mereka nak pindah ofis. Bos saya taknak follow walhal sebelah saja banggunannya, alasan bos saya banggunan lama. Yup memang itu banggunan lama, kawan dia pindah sebab sewa lebih murah, Bos saya ni cerewet sikit.

Last day sebelum mereka keluar, bos jumpa saya dan beritahu yang mereka tengah cari pejabat baru dan sekarang kita akan bekerja hanya dari rumah, jadi segala task akan diberi melalui telefon atau whatsapp. Alhamdulillah, saya terasa satu peluang yang sukar dicari. Masuk saja tahun baru, bermulalah saya bekerja hanya dari rumah. Selama sebulan, saya hanya terima dalam 3-4 task sahaja, Dan segala task itu bukan melibatkan kerja syarikat.

Tiba-tiba bos saya beritahu awal bulan 2 nak jumpa saya dengan founder baru untuk bincang hal gaji dan kontrak. Saya sangat bersyukur kerana nampak ok semuanya. Selepas masuk bulan 2, saya   whatsapp bos saya tanya hal gaji. Bos saya terus telefon saya dan kata saya salah faham kerana dia dah beritahu semasa last dekat pejabat yang hanya akan bayar berdasarkan task.

WHAT!!!

Ya Allah, dia hanya bankin  rm300. Saya tahu tak pandai sangat cakap english tapi saya bukan bodoh. Serius dari situ satu per satu saya dah nampak permainan dia. Sebelum ini cakap awal bulan 2, lepastu minggu kedua, hujung bulan 2 dan yang terakhir awal bulan 3. Nak nampak serius sikit dia kata nanti lawyer dia akan telefon saya bincang pasal kontrak kerja,

Saya malu sebenarnya dengan keluarga, anak sulung dan abang yang tidak berjaya. Kawan baik sayalah tempat mengadu masalah. "Aku percaya rezeki engkau lepasni besar Nas", ini antara ayat penyejuk hati kawan baik saya. Sekarang ini Alhamdulillah saya buat freelance dengan satu company yang amat percaya dengan hasil kerja saya. Ini kali ketiga mereka minta saya design projek event mereka. Terima kasih Allah kerana sentiasa menolong.

Saya ada berkenal dengan seorang perempuan, dia bekerja sebagai cikgu. Dulu saya rajin whatsapp dia tapi bila masalah kerja ini muncul saya terus senyapkan diri. Pernah sebulan tak on sosial media. Saya malu dengan life kerja saya. Sibuk nak mesej anak dara orang tapi kerja tak terurus.

Siapa yang tak nak kahwin tapi kalau kerja pun timbul tenggelam memang tertangguhlah hasrat dari tahun ke tahun. Saya takut ada pengharapan baik saya perlahan mengundurkan diri. Sayanglah juga sebab dah ada perasaan suka tapi kenalah sedar diri. Dia berkerjaya, saya bertukar-tukar kerja. 

Saya doakan moga Allah pertemukan dia dengan lelaki yang betul-betul jaga dan menyayanginya..aamiiinnnn. Dan juga kepada yang sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ini, semoga Allah permudahkan segalan urusan kalian..aaamiiinnn.