Saturday, December 12, 2009

Cinta


Apa itu cinta?(sambil dengar lagu, so7-berhenti berharap..pergh)

Aku sebenarnya xsuka nak bukak topik ni sebab aku secara jujurnya xpernah merasa situasi orang bercinta. Jeles tu setiap kali keluar dengan member2 duduk jalan berduaan tapi aku follow diaorang dekat belakang sorang2.

Aku pun xtahu kenapa aku xpernah merasa apa yang orang bercinta dapat rasakan..huhu. memang padan dengan diri aku. Mungkin sebab aku ni pemalu sangat nak luahkan rasa isi hati sampai sanggup biarkan ia terlepas(cewah..haha) Melepaskn orang yang aku suka ke tangan orang lain.

Pergh!sorry lah kalau siapa yang baca ni rasa bosan, nak termuntah, loya2..hehe. Aku bukan apa, cuma aku tiba2 terfikir sejenak (bukan ketika dibilik termenung ye..hehe). Umur aku ni makin lama makin meningkat, bukan makin muda atau bergetah..eh!haha.

Setiap kali jumpa makcik2 atau member2 yang dah lama xjmpe, xhabis2 soalan yang akan diutarakan:

1-awek apa khabar?
2-mesej dengan awek ke?
3-jangan lupa bawa jumpa ye???

Mahu saja aku gantung billboard dekat leher aku 24jam non-stop, lepas tu tulis "aku takde awek". Lepastu siap hias dengan lampu lip lap lip lap.


Thursday, November 12, 2009

3 tahun berlalu dengan pantas








Kenangan. 3 tahun aku belajar dekat kolej, pejam celik pejam celik sudah 3 tahun bertapa di KYM (Kolej Yayasan Melaka). Cepat sungguh masa berlalu, macam pakai enjin berkuasa turbo pula perginya masa itu..haha.

Banyak kenangan manis, pahit, tawar, masin, kelat..huhu. Banyak benda baru yang aku blajar, kalau masa boleh diputarkan, langkah seronoknya tapi apa nak buat. Setiap pertemuan ada perpisahan. Walaupun pun kita xmahu, buatlah apa2 sekali pun nak merayu ke, ugut nak bunuh cicak ke, acah2 nak minum klorox ke tapi perpisahan itu akan tetap berlaku


Aku doakan moga Allah memberikan kejayaan kepada member2 aku semua agar sukses termasuk anda yang membaca nukilan aku yang xseberapa ni..(macam touching pula ayat ni)

Sunday, November 8, 2009

final projek (menanah nak buat)

Kali ini aku nak story pasal final projek aku masa kolej. Masa aku belajar dulu kami ada 2 kategori, iaitu 2D animation dan 3d animation.

Batch aku masa final hanya ada 13 orang saja. 3 orang buat 3D animation dan yang selebihnya buat 2D animation. Setiap student akan dapat mentor. Hanya ada 4 orang mentor sahaja. Kami budak 3D dapat En.Malik sebagai mentor. Memang abang long otai 3D..hehe (bodek2).

Tema untuk final kami kali adalah cerita rakyat tapi kena ubah jalan ceritanya, bukan ikut cerita asal. Pergh..aku masa tu memang pening tahap nak beranak. Nak kena cari cerita apa yang agak senang untuk aku hasilkan sebab aku ni kena hasilkan 3d animation. Jadi untuk create karakter, background, itu, ini...pergh..boleh kena kanser otak juga aku lama2 kalau buat cerita sosah2 ni!..haha.

Mentor aku ni pulak seorang yang detail dan agak cerewet mak nenek. Susah gila aku nak approve jalan cerita. Aku ingat lagi cerita asal yang aku nak buat, daripada kisah Pak Pandir.

Begini idea aku, tersebutlah kisah dimana pak pandir ada seekor ayam jantan yag sudah tua. Lalu pak pandir pun beli seekor ayam jantan yang sado, kaki gym dan lagi macho (ayam dikira macho ke??haha). Tapi ayam macho ni berlagak, bajet hot tertarik kau memang debom!haha.

Jadi ayam tua ni jeles sebab ayam2 betina tangkap cintan sama ayam macho ni. Ada sekali tu ayam tua dan macho ni bergaduh siapa paling kuat tapi ayam tua kalah. Memanglah kalah, sado kot ayam macho. Lalu ayam tua ni dapat idea untuk balas dendam. Ayam tua ni pun ajak ayam macho ni lumba lari. Bermula dari dalam reban sehingga ke luar pagar rumah.

Bila dah start berlari, ayam macho ni pun terus pecut dengan pantas tetapi ayam tua ni langsung tak lari, siap berdiri pose ala-ala menteri sambil melambai2 tangan dengan senyuman. Tiba-tiba ada satu selipar berterbangan dan tepat2 hinggap dimuka ayam sado..pappp! Pak pandir pun menghampiri ke ayam sado dan berkata, "Aku beli kau untuk bagi aku untung! Bukan lari dari aku..ceh! babap dia!..biasa ye dia nak lari!"

Lebih kurang macam tulah ceritanya tapi mentor aku tak approve. Selepas berminggu2 aku bersilat dengan otak aku last2 akhirnya cerita arnab dan kura2 juga terpilih. Tapi cerita arnab ni asalnya lain, lama2 digubah2 sampai jadi sebati..eh!haha(dah macam buat roti pula) Maka selepas hampir 5 bulan aku berperang akhirnya terhasillah satu animasi pendek animasi 3D. Best gila lepas tengok balik umpama melihat kereta kancil berubah menjadi bmw..haha (tak beragak2)



Wednesday, October 7, 2009

hobi aku bukan menjahit..haha

Setiap orang ada hobi dan minat masing2. Ada orang suka kumpul semut, tangkap kutu, kira bulu kambing atau skodeng anak orang..eh!haha. Lantak pi lah korang punya hobi..hehe.

Kali ini aku nak story pasal hobi aku. Hobi aku ialah melukis dan main game. Tapi selepas aku belajar dekat KYM, hobi aku bertambah. Nak tahu apa dia? Iaitu edit gambar dan explore sofware.

Yang paling ketara adalah edit gambar. Edit gambar ni paling layanlah sebab bagi aku edit gambar ni macam tempat aku nak test tahap kreativiti, pemahaman dan juga salah satu cara aku menghilangkn bosan.

Biasanya aku selalu dapat idea time aku boring, cuba teknik baru, tengah korek hidung atau tengah tanam padi..eh!haha.

Seronok edit gambar ni. Bila kita tengok orang edit smart. Rasa tercabar jiwa dan raga untuk hasilkan sesuatu yang lagi gempak daripada tu. Tapi tengok keadaan lah juga, sebab semangat saja tidak guna jika level masa tahap sekolah tadika..haha

Tolong member edit..sibuk je!haha..still merangkak belajar lagi..



Sunday, September 27, 2009

praktikal




Gambar kat atas ni antara kenangan aku masa praktikal..haha. Aku just nak story about life aku sebagai seorang 3D animator walaupun pengalaman aku xbnyak mana pun. 

Jadi seorang animator ni memang syok dan mnyeronokkan macam korek hidung kalau ada minat ok. Aku ingat lagi, first animasi yg aku animated adalah animasi pendek yg btajuk "Qie n Tail".

Ini masa praktikal yerrr. Mula2 dapat shot yang kena animated tu, pergh..rasa xyakin, xleh nak buat, risau, gabra, jakun, cirit-birit..haha. Awat teruk sangat? sebab aku ni sebenarnya minat buat 2D animation sebelum nak pilih tempat praktikal. Tapi Tuhan Maha Kuasa, tiba2 nawaitu aku berubah ambil 3D animation. 

Aku agak risau jugaklah masa dapat shot2 untuk di animated masa praktikal tu dulu, sebelum ini ada belajar 3D dekat kolej. Best tu memang best tapi ada masa rasa nak campak je monitor dekat parking tesco!(jgn tiru aksi ini)haha. Pening tuuuu..kadang2 xdapat pickup semua yang kita belajar..huhu.

Itu yang tiba2 masa praktikal ambil 3D animation rasa mcm culture shot kejap..eh!haha. Habis aku kena update balik semua ilmu 3D dalam otak kiri aku..haha. 

Ok..berbalik pada first time buat animated tu, mula2 rase mcm senang saja nak animated karakter ni. Lepas dah test, pergh.com! memang agak sukar kerana ia memerlukan imaginasi yang kreatif kita untuk mengerakkan karakter itu mengikut shot. Kalau first time tu memang biasalah kalau pergerakkan karakter tu mcm robot, slow atau terlaju..haha. 

Tapi selepas melihat hasilnye, pergh..hanya Tuhan saja yang tahu berapa seronok, bangga, bongkak, ego dan gembiranya apabila melihatnya.

Cerita animasi "Qie n Tail" ini asalnya budak2 giatmara yang buat tapi masa aku praktikal, tempat praktikal tu xcukup pc..aduh! Jadi aku pun menumpang kasih di giatmara buat sementara waktu. Banyak benda yang aku belajar dan ilmu baru yang aku dapat masa praktikal selain mendapat kenalan baru yang begitu master dalam dunia 3D animation. Aku memang tabik dengan korang!

Pssst! tak juga lupa. Aku praktikal selama 5 bulan tapi 2 bulan aku tak buat kerja. Nak tahu kenapa? sebab cikgu giatmara tu memang gila! kebetulan baru setup networking dekat pc, boleh cikgu tu bantai install game counter strike!haha. 2 bulan kitorang main game..sedih2!haha