Sunday, November 8, 2009

final projek (menanah nak buat)

Kali ini aku nak story pasal final projek aku masa kolej. Masa aku belajar dulu kami ada 2 kategori, iaitu 2D animation dan 3d animation.

Batch aku masa final hanya ada 13 orang saja. 3 orang buat 3D animation dan yang selebihnya buat 2D animation. Setiap student akan dapat mentor. Hanya ada 4 orang mentor sahaja. Kami budak 3D dapat En.Malik sebagai mentor. Memang abang long otai 3D..hehe (bodek2).

Tema untuk final kami kali adalah cerita rakyat tapi kena ubah jalan ceritanya, bukan ikut cerita asal. Pergh..aku masa tu memang pening tahap nak beranak. Nak kena cari cerita apa yang agak senang untuk aku hasilkan sebab aku ni kena hasilkan 3d animation. Jadi untuk create karakter, background, itu, ini...pergh..boleh kena kanser otak juga aku lama2 kalau buat cerita sosah2 ni!..haha.

Mentor aku ni pulak seorang yang detail dan agak cerewet mak nenek. Susah gila aku nak approve jalan cerita. Aku ingat lagi cerita asal yang aku nak buat, daripada kisah Pak Pandir.

Begini idea aku, tersebutlah kisah dimana pak pandir ada seekor ayam jantan yag sudah tua. Lalu pak pandir pun beli seekor ayam jantan yang sado, kaki gym dan lagi macho (ayam dikira macho ke??haha). Tapi ayam macho ni berlagak, bajet hot tertarik kau memang debom!haha.

Jadi ayam tua ni jeles sebab ayam2 betina tangkap cintan sama ayam macho ni. Ada sekali tu ayam tua dan macho ni bergaduh siapa paling kuat tapi ayam tua kalah. Memanglah kalah, sado kot ayam macho. Lalu ayam tua ni dapat idea untuk balas dendam. Ayam tua ni pun ajak ayam macho ni lumba lari. Bermula dari dalam reban sehingga ke luar pagar rumah.

Bila dah start berlari, ayam macho ni pun terus pecut dengan pantas tetapi ayam tua ni langsung tak lari, siap berdiri pose ala-ala menteri sambil melambai2 tangan dengan senyuman. Tiba-tiba ada satu selipar berterbangan dan tepat2 hinggap dimuka ayam sado..pappp! Pak pandir pun menghampiri ke ayam sado dan berkata, "Aku beli kau untuk bagi aku untung! Bukan lari dari aku..ceh! babap dia!..biasa ye dia nak lari!"

Lebih kurang macam tulah ceritanya tapi mentor aku tak approve. Selepas berminggu2 aku bersilat dengan otak aku last2 akhirnya cerita arnab dan kura2 juga terpilih. Tapi cerita arnab ni asalnya lain, lama2 digubah2 sampai jadi sebati..eh!haha(dah macam buat roti pula) Maka selepas hampir 5 bulan aku berperang akhirnya terhasillah satu animasi pendek animasi 3D. Best gila lepas tengok balik umpama melihat kereta kancil berubah menjadi bmw..haha (tak beragak2)



2 comments: