Wednesday, October 31, 2018

Seronok Perli

Semua orang ada hak untuk suka atau tidak kerana itu pilihan mengikut minat atau citarasa masing-masing. Tetapi didalam suka ada batasnya iaitu jangan taksub. Kerana didalam taksub akan ada berlebih-lebihan dan pemikiran sempit.

Aku suka layan youtube dan minat baca komen kerana disana ada perkara menarik diperbincangkan akan tetapi keburukkan lebih banyak. Contohnya bila aku melayan lagu dan bagi aku itu hak orang untuk suka atau tidak pada lagu tersebut. Tetapi perlu ke kita perli pada orang yang tidak suka lagu tersebut, komen yang biasa aku jumpa, "Yang dislike tu peminat Aiman Tino". Malah komen begini orang berlumba-lumba untuk taip.

"Alah Nas, dia gurau saja tu".

Ya, mungkin gurau tetapi budaya begini sebenarnya sangat tidak sihat. Ada yang berbalah pada komen tersebut dan mula keluar ayat carut, kutuk dan ada juga komen berbalas menghina. Kadang niat bergurau itu tidak kena pada tempat sebab ia begitu public maka ramai yang akan baca dan balas. Tak semua gurauan itu semua orang boleh terima, lainlah bergurau dengan keluarga atau sahabat kerana ia satu kumpulan kecil yang memahami siapa diri kau.

Komen perli ini terlalu banyak dan jika ia berterusan maka generasi muda selepas ini tidak akan segan silu komen perli kena-kena pada bab agama hingga tiada rasa bersalah.

Sekarang kita boleh lihat macam mana budaya orang luar negara berjaya meracuni minda orang islam khususnya. Mereka tahu kekuatan orang islam sebab itu bila berlaku perperangan dengan orang islam, mereka susah untuk menang. Lalu mereka mula memerangi secara halus melalui budaya dan pemikiran.

Sebab itu kita lihat bagaimana budaya perli (roasting) dijadikan komedi dan tv show dari luar negara. Berlumba siapakah pemerli paling hebat dan kelakar, sampaikan ada tahap ia membuka aib seseorang. Mereka yang diperli tidak boleh simpan dalam hati dan kena menerimanya secara terbuka. 

Nampak tak budaya ini sekarang begitu dekat dengan orang kita bilamana orang akan cakap, "Engkau ini serius sangatlah". Sampaikan orang yang diperlikan tidak boleh pertahankan dirinya.

Malaysia sekarang sudah ada tv show bagi budaya perli ini iaitu 'Arena Panggang'. Kita melihat seorang artis rosting oleh semua peserta dalam show tersebut. Aku cakap awal-awal berkemungkinan show ini akan jadi pertandingan dan dibuka kepada orang awam turut serta.

Politik, agama, negeri sahaja sudah cukup buatkan orang kita berpecah dan berpuak-puak, jika budaya ini dijadikan pertandingan maka akan tambah satu perpecahan lagi.

Pada aku budaya ini sangat jauh dengan agama islam kerana islam sangat menitik beratkan dalam menjaga hati sesama manusia dan tali persaudaraan. Kita semua mahu melihat islam itu gah pada negara kitakan? Tapi begitu banyak budaya luar kita biarkan ia masuk dan menjadi sebati dalam diri terutama anak orang melayu. Islam lama-lama hanya menjadi hukum dan peraturan negara sahaja bukan ada pada diri orang islam itu sendiri.




1st time luruskan rambut. Walawei

Saturday, October 27, 2018

Mengejar atau dikejar

Harini aku tengok satu rancangan talkshow yang dikendalikan oleh Oggy Ahmad Daud. Aku sebenarnya bukan follow talkshow ni pun kebetulan tak ada rancangan yang best dekat tv. Tetamu jemputan Dato Zainal Abidin. Ada satu ayat yang menarik perhatian aku ketika diakhir talkshow.

"Hiburan tidak menjanjikan kebahagian. Kejarlah kebahagian kerana ia dapat menghiburkan".

Lebih kurang begini ayatnya, maaf jika silap mohon tegur. 'Hiburan' ini Dato Zainal membawa maksud kepada dunia hiburan seperti menyanyi. Ayat ini sangat powerful bagi aku kerana ia kerap bermain difikiran, 'kejarlah kebahagian'. Zaman sekarang orang sibuk nak jadi penghibur, kita lihat sahaja pelbagai rancangan talent, aplikasi seperti tiktok, youtube, facebook, instagram dan banyak lagi.

Aku tidak mengatakan hiburan itu kesalahan malah bagi aku ia satu kerjaya memberikan kekayaan, glamour dan ramai peminat. Tapi adakah dunia hiburan dapat menjaminkan kebahagiaan?

Ini satu persoalan kepada diri aku sendiri juga sebenarnya. Aku suka dengar lagu tapi bagi aku lagu bukan beri bahagia ia sekadar membantu aku dari segi mood. Seperti bila buat kerja, aku perlu dengar lagu rock. Bila tengah baca buku, dengar lagu genre slow sikit.

Jika aku tengok drama atau movie , ada scene yang membuatkan aku rasa gembira. Adakah ini kebahagiaan yang aku cari?

Pada pandangan aku kebahagiaan duniawi ini datang bila kita taat padaNya, berharap padaNya dan melakukan perkara baik. Ia tenang dihati, senyuman selalu terukir dan sentiasa bersyukur.

Allah Sebaik-baik Perancang, setiap perancanganNya baik untuk kita. Jangan rasa 'TIDAK CUKUP' pada sesuatu yang kita tiada tetapi rasa 'CUKUPLAH' pada apa yang kita ada. Bila kita melihat sesuatu yang jauh dari kita maka mulalah kita membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain.

Contoh kita melihat A pakai kereta Ferrari tapi gaji kita hanya mampu bayar kereta Proton. Maka janganlah terlalu membandingkan nasib kita dengan A. Ya setiap rezeki yang Allah berikan pada setiap orang berbeza maka bersyukur dengan kehidupan kita sekarang kerana pada masa hadapan kita tidak tahu. Masa hadapan sangat misteri, boleh jadi langkah perubahan kita ambil sekarang akan menunjukkan hasilnya akan datang.

"Keputusan you sekarang akan menentukan hidup you 3 tahun akan datang kerana keputusan you sekarang merupakan keputusan you pada 3 tahun yang lepas. Maka belajar dan jangan melakukan kesilapan yang sama", cakap salah seorang kawan cina menasihati aku.

Aku setuju pada katanya kerana hidup dan nasib kita sekarang merupakan satu keputusan kita pada masa lampau. Maka jangan pernah salahkan pada takdir atau nasib tapi salahkan pada diri sendiri.

Jika kita lihat pada prinsip kebahagiaan pun sebenarnya ia hanya boleh dicapai dengan mentaati perintah Allah bukan melalui duniawi seperti dunia hiburan, berlawak, bermain game atau pelbagai lagi. Kebahagiaan merupakan ketenangan pada hati. Maka kejarlah mentaati Allah untuk mengecapi kebahagiaan didunia dan akhirat. Ya! kebahgiaan akhirat merupakan satu impian setiap makhluk.



Bergambar dekat Penang. Muka redha tak boleh terbang sebab badan berat..hihi



Tuesday, October 23, 2018

3 Kejadian 1 Malam

22102018

Harini sahabat baik aku, Amin minta ajar bawa kereta kerana dia ada ujian JPJ khamis ni. Aku pun hidupkan kereta kenari dan tepat 10.30 malam aku sampai sampai rumah dia. Amin dah terpacak depan pagar, kalau pakai baju putih seluar hitam ada rupa-rupa pak guard aku tengok..hehe.

"Nas naik ereta engkau ke harini?", tanya Amin sambil menutup pagar rumahnya.

"Haah, aku rasa lagi baik engkau ada banyak pengalaman bawa kereta lain, baru ada confident".

Aku pun pindah ke kerusi sebelah pemandu, terasa macam cikgu sekolah memandu wei..haha. Amin pun adjust kerusi bagi ikut selesa, memang kena adjust-lah sebab perutnya besar. Laluan kami bermula dari Sungai Jelok menuju ke kawasan perkuburan Sungai Kantan.

Jalan nak ke kawasan kubur tu aku minta Amin ikut jalan dalam sebab kawasan ini agak sempit jalannya, banyak simpang dan sunyi, jadi dia akan lebih cekap dalam penggunaan, penukaran gear dan kawal steering.
Tujuan utama Amin nak belajar dekat bukit bersebelahan kawasan kubur tu.

"Ok Amin, engkau turun bukit ni terus masuk simpang kiri lepastu reverse. Engkau terus masukdekat bukit", aku beri arahan.

Amin pun ikut apa yang aku cakap, betul-betul kereta dah berhenti di bukit. Amin tiba-tiba meraba-raba mencari sesuatu, "Nas mana nak tekan bagi lampu double signal?".

Aku pun terus tekan butang lampu double signal yang berada betul-betul belakang steering. Ini taktik kami sebelum ini bila nak belajar bukit, kalau orang lalu maka mereka akan ingat kereta problem. Amin nak jaga air mukalah kononnya tak nak orang tahu dia tengah belajar bawa kereta, poyo je. Bagus juga sekurang-kurangnya kereta pada jauh perasan jadi tak berbahaya sangat.

Ada hampir 6-7 kereta lalu siap ada satu kereta tu berhenti takut ada masalah, lepastu ada 1 van ambulan lalu. Dalam berdailog sendiri didalam hati, "Aikh?takkan bagi lampu double signal pun ambulan datang".

Hampir 5-6 kali Amin cuba lepas bukit, semuanya okay cuma kereta ada kebelakang sikit sebelum jalan kedepan. Jangan tanya ada mati kereta tak, taknaklah malukan kawan sendiri..hehe. Aku minta jangan ada bergerak kebelakang sebelum jalan, lepas sahaja handbreak terus jalan kedepan.

Beberapa kali cuba tapi gagal maka terpaksalah cikgu tunjuk skill dunia pemotoran dan cuba cari solution untuk anak murid. Aku tahu kenapa kereta kebelakang sebabnya masa dia lepaskan handbrake kakinya masih taknak lepaskan clutch dan dalam masa sama pedal minyak dia tak berapa cukup kuat.

Aku nak dia paham bahawa bila berada dalam keadaan sebenar dekat bukit yang ada lampu isyarat, segelintir kereta suka rapat sangat berhentinya, takut bila nanti nak jalan tiba-tiba kereta kita kebelakang sikit jadi boleh jadi kita panik dan kalut. Iya mungkin ampak macam aku melampau sangat fikirnya tapi ini situasi yang dimana biasa berlaku pada pemandu kereta manual, aku nak dia nampak gambarannya.

"Nas kenapa macam bau hangit saja kereta kau ni?", tanya Amin.

Aku dah mula risau sebab dulu aku pernah bau hangit macamni dan problem dekat enjin. Aku pun parking kereta ke tepi dan bagi enjin kereta sejuk kejap. Lepas 10 minit aku hidupkan semula kereta dan minta Amin cuba dekat lagi dekat bukit dalam 3 kali try sebelum balik. Masa cubaan ke-3, kereta mati sebab salah timing lepas clutch. Amin cuba start enjin tapi taknak hidup. Beberapa kali cubaan tapi tetap tak hidup juga, saya pun tolak kereta parking tepi.

Buka bonet depan dan cuba siasat apa masalahnya. Terus terang aku bab kereta ini pandai guna je..hehe. Aku agak masalah radiator sebab aku ada dengar bunyi dekat situ. Tapi bila tengok tangki radiator air ada lagi, pelik bin ajaib bin ladin.

"Aku rasa bateri lah Anas sebab dia tak boleh start", kata Amin selepas beberapa kali cubaan start enjin.

"Mungkin juga sebab lama-lama start ni makin kurang power dia", balas aku.

Aku pun telefon Alang, adik ke-3 aku untuk tolong dan bawa jumper. Hampir 20 minit juga menunggu, depan kami kawasan kecil saja perumahan lama terbiar dan ada beberapa rumah saja berpenghuni dan betul-betul belakang rumah mereka kubur, aku bukan seram hantu tapi lagi risau orang samun.

"Aku kan Min, dulu masa kecil memang takut dengan kubur kena-kena waktu malam. Tapi bila besar ni bila lalu kubur buatkan aku ingat mati dan yang paling best rasa sunyi je".

Bila Alang sampai, kami pun mula pasang jumper. Yang si Alang ni boleh psycho aku pula, boleh dia tanya betul ke caranya macam tu. Bila Alang nak start kereta dia, dia takut. Serius dengan aku sekali pun rasa tak confident..haha. Aku pun start enjin kereta, alhamdulillah semuanya baik.

Aku pun minta Amin pandu kereta kenari ke rumahnya. Selesai hantar Amin balik, aku pun pandu pulang ke rumah. Aku lalu highway kajang-semenyih, sebelum masuk simpang kiri ke jenaris ada satu kemalangan berlaku. 'Innalillah..' moga pemandu untuk selamat. Kereta perdana langgar tiang lampu jalan, jatuh tiang lampu tu. Tak tahulah laju mana dia bawa dan van ambulan yang aku nampak tadi rupanya menuju ke kemalangan ni.

Aku pun slow-kan kereta dan lepas saja dari kemalangan tu kemudian masuk simpang kiri. Masuk saja simpang ni ada lampu isyarat. Lepas saja lampu isyarat, aku nampak dua orang lelaki sedang tolak kereta naik bukit. Perlahan saja pergerakkan mereka iyalah tolak naik bukitkan. Seorang tolak dari belakang dan seorang lagi tolak dekat kawasan pemandu sebab nak kawal steering.

Aku pun tak fikir panjang, terus berhenti kereta ke tepi dan bantu mereka tolak kereta. Mereka nak tolak dekat saja tapi naik bukit tu penat jugalah.

"Kenapa bang?", tanya saya.

"Gearbox problem-lah, ntahlah", balas abang yang didepan.

Settle tolak ke tepi, abang tu mengucapkan terima kasih. Yang tolak dekat belakang ni pun bantu tolak juga. Saya pun menuju ke kereta semula dan terus balik. Sampai rumah tengok jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Baru keluar 2 jam saja tapi penuh dengan cubaan.




Kawan baik saya Amin. Gila meriah warna baju aku! Rindu badan kurus!