"Hiburan tidak menjanjikan kebahagian. Kejarlah kebahagian kerana ia dapat menghiburkan".
Lebih kurang begini ayatnya, maaf jika silap mohon tegur. 'Hiburan' ini Dato Zainal membawa maksud kepada dunia hiburan seperti menyanyi. Ayat ini sangat powerful bagi aku kerana ia kerap bermain difikiran, 'kejarlah kebahagian'. Zaman sekarang orang sibuk nak jadi penghibur, kita lihat sahaja pelbagai rancangan talent, aplikasi seperti tiktok, youtube, facebook, instagram dan banyak lagi.
Aku tidak mengatakan hiburan itu kesalahan malah bagi aku ia satu kerjaya memberikan kekayaan, glamour dan ramai peminat. Tapi adakah dunia hiburan dapat menjaminkan kebahagiaan?
Ini satu persoalan kepada diri aku sendiri juga sebenarnya. Aku suka dengar lagu tapi bagi aku lagu bukan beri bahagia ia sekadar membantu aku dari segi mood. Seperti bila buat kerja, aku perlu dengar lagu rock. Bila tengah baca buku, dengar lagu genre slow sikit.
Jika aku tengok drama atau movie , ada scene yang membuatkan aku rasa gembira. Adakah ini kebahagiaan yang aku cari?
Pada pandangan aku kebahagiaan duniawi ini datang bila kita taat padaNya, berharap padaNya dan melakukan perkara baik. Ia tenang dihati, senyuman selalu terukir dan sentiasa bersyukur.
Pada pandangan aku kebahagiaan duniawi ini datang bila kita taat padaNya, berharap padaNya dan melakukan perkara baik. Ia tenang dihati, senyuman selalu terukir dan sentiasa bersyukur.
Allah Sebaik-baik Perancang, setiap perancanganNya baik untuk kita. Jangan rasa 'TIDAK CUKUP' pada sesuatu yang kita tiada tetapi rasa 'CUKUPLAH' pada apa yang kita ada. Bila kita melihat sesuatu yang jauh dari kita maka mulalah kita membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain.
Contoh kita melihat A pakai kereta Ferrari tapi gaji kita hanya mampu bayar kereta Proton. Maka janganlah terlalu membandingkan nasib kita dengan A. Ya setiap rezeki yang Allah berikan pada setiap orang berbeza maka bersyukur dengan kehidupan kita sekarang kerana pada masa hadapan kita tidak tahu. Masa hadapan sangat misteri, boleh jadi langkah perubahan kita ambil sekarang akan menunjukkan hasilnya akan datang.
"Keputusan you sekarang akan menentukan hidup you 3 tahun akan datang kerana keputusan you sekarang merupakan keputusan you pada 3 tahun yang lepas. Maka belajar dan jangan melakukan kesilapan yang sama", cakap salah seorang kawan cina menasihati aku.
Aku setuju pada katanya kerana hidup dan nasib kita sekarang merupakan satu keputusan kita pada masa lampau. Maka jangan pernah salahkan pada takdir atau nasib tapi salahkan pada diri sendiri.
Jika kita lihat pada prinsip kebahagiaan pun sebenarnya ia hanya boleh dicapai dengan mentaati perintah Allah bukan melalui duniawi seperti dunia hiburan, berlawak, bermain game atau pelbagai lagi. Kebahagiaan merupakan ketenangan pada hati. Maka kejarlah mentaati Allah untuk mengecapi kebahagiaan didunia dan akhirat. Ya! kebahgiaan akhirat merupakan satu impian setiap makhluk.
Bergambar dekat Penang. Muka redha tak boleh terbang sebab badan berat..hihi

No comments:
Post a Comment