Wednesday, October 31, 2018

Seronok Perli

Semua orang ada hak untuk suka atau tidak kerana itu pilihan mengikut minat atau citarasa masing-masing. Tetapi didalam suka ada batasnya iaitu jangan taksub. Kerana didalam taksub akan ada berlebih-lebihan dan pemikiran sempit.

Aku suka layan youtube dan minat baca komen kerana disana ada perkara menarik diperbincangkan akan tetapi keburukkan lebih banyak. Contohnya bila aku melayan lagu dan bagi aku itu hak orang untuk suka atau tidak pada lagu tersebut. Tetapi perlu ke kita perli pada orang yang tidak suka lagu tersebut, komen yang biasa aku jumpa, "Yang dislike tu peminat Aiman Tino". Malah komen begini orang berlumba-lumba untuk taip.

"Alah Nas, dia gurau saja tu".

Ya, mungkin gurau tetapi budaya begini sebenarnya sangat tidak sihat. Ada yang berbalah pada komen tersebut dan mula keluar ayat carut, kutuk dan ada juga komen berbalas menghina. Kadang niat bergurau itu tidak kena pada tempat sebab ia begitu public maka ramai yang akan baca dan balas. Tak semua gurauan itu semua orang boleh terima, lainlah bergurau dengan keluarga atau sahabat kerana ia satu kumpulan kecil yang memahami siapa diri kau.

Komen perli ini terlalu banyak dan jika ia berterusan maka generasi muda selepas ini tidak akan segan silu komen perli kena-kena pada bab agama hingga tiada rasa bersalah.

Sekarang kita boleh lihat macam mana budaya orang luar negara berjaya meracuni minda orang islam khususnya. Mereka tahu kekuatan orang islam sebab itu bila berlaku perperangan dengan orang islam, mereka susah untuk menang. Lalu mereka mula memerangi secara halus melalui budaya dan pemikiran.

Sebab itu kita lihat bagaimana budaya perli (roasting) dijadikan komedi dan tv show dari luar negara. Berlumba siapakah pemerli paling hebat dan kelakar, sampaikan ada tahap ia membuka aib seseorang. Mereka yang diperli tidak boleh simpan dalam hati dan kena menerimanya secara terbuka. 

Nampak tak budaya ini sekarang begitu dekat dengan orang kita bilamana orang akan cakap, "Engkau ini serius sangatlah". Sampaikan orang yang diperlikan tidak boleh pertahankan dirinya.

Malaysia sekarang sudah ada tv show bagi budaya perli ini iaitu 'Arena Panggang'. Kita melihat seorang artis rosting oleh semua peserta dalam show tersebut. Aku cakap awal-awal berkemungkinan show ini akan jadi pertandingan dan dibuka kepada orang awam turut serta.

Politik, agama, negeri sahaja sudah cukup buatkan orang kita berpecah dan berpuak-puak, jika budaya ini dijadikan pertandingan maka akan tambah satu perpecahan lagi.

Pada aku budaya ini sangat jauh dengan agama islam kerana islam sangat menitik beratkan dalam menjaga hati sesama manusia dan tali persaudaraan. Kita semua mahu melihat islam itu gah pada negara kitakan? Tapi begitu banyak budaya luar kita biarkan ia masuk dan menjadi sebati dalam diri terutama anak orang melayu. Islam lama-lama hanya menjadi hukum dan peraturan negara sahaja bukan ada pada diri orang islam itu sendiri.




1st time luruskan rambut. Walawei

No comments:

Post a Comment