Orang malaysia terutamanya orang melayu sangat terkenal dengan sikap memerli. Menegur itu tidak salah tetapi bukan cara memerli. Saya secara jujur suka cara Caprice kerana cara dia sama seperti Ustaz Ebit Lew dimana ia selami jiwa orang bukan terus beri teguran. Sebab itu ramai orang gagal dalam teguran kerana kebanyakkan orang terlalu menghentam atau attack secara direct tanpa mengambil sedikit ruang untuk memahami atau menangkap jiwa orang itu.
Satu saja persoalan saya pada artis yang menegur hal konsert Blackpink, zaman muda kamu dulu pernah juga minat artis kan? Kenapa tidak cuba memahami minat mereka itu dan cari point yang lebih berhemah dalam menegur. Kerana teguran itu betul tapi bukan semua orang memahami, menerima dan mempunyai perasaan yang sama.
Disini saya tidak menyokong konsert Blackpink tetapi cara kita menegur sesuatu hal itu terlalu keras seumpama kita tidak pernah seperti mereka dulu. Mereka yang fanatik dengan Blackpink dimana selepas 10 tahun akan datang mereka pasti tidak fanatik lagi dan mungkin berubah. Sebab itu kenapa ramai anak muda memberontak dan jauh dari agama kerana cara pendekatan dakwah itu terlalu menyindir dan tidak mesra.
Bila saya tengok satu post dalam ig dakwah, post mereka bagi saya terlalu memerli. Ayatnya seperti, "tidak ramai orang datang masjlis selawat, tetapi ramai pergi konsert Blackpink sampai pengsan".
Kenapa perlu membanding kalian dengan mereka? Cara kalian ini membuatkan mereka lagi sukar dekat dengan kalian malah sanggup mempertahankan Blackpink mereka. Ada satu komen dari post itu dimana, "Ingat semua yang pergi konsert Blackpink tak solat tahajjud ke?" Paling menyedihkan banyak yang balas dan perli pada komen itu. Nampak tak budaya ini takkan habis kerana tiada penyudah.
Saya pernah dengar seorang ustaz bercerita bagaimana cara Rasulullah SAW mengeur kesalahan seseorang. Jika apa yang saya cakap salah mohon tegur. Dimana Rasulullah sebelum menegur atau memberi nasihat, baginda akan mengambil hati orang itu dulu dengan menanya khabar, bersembang perkara yang menyenang untuk tangkap jiwa orang itu. Bila orang itu senang dengan baginda, baru baginda menegur orang itu. Nampak tak cara Rasulullah SAW dalam menegur? Baginda begitu menitik beratkan perasaan orang bukan mementingkan perasaan diri.
Setiap perkara ada cara dan teknik apatah lagi dalam hal menegur, ia bukan sekadar terus cakap direct. Tahu pasti ada orang kata, "Saya jenis cakap lepas saja, tak suka simpan-simpan". Tak kisah nak cakap lepas tapi ingat, kita hidup didunia ini bukan berakhir didunia tetapi akan dibangkitkan semula dan dpersoalkan balik. Jadi berhati-hati.

No comments:
Post a Comment