Tetapi perasaan tua diatas pantasnya masa berlalu. Harini sahaja sudah berada dihujung bulan 2 sedangkan seperti masih terasa baru masuk tahun baru. Aku kadang-kadang sebelum tidur mesti datang perasaan untuk melihat kembali kisah-kisah masa silam hidup aku. Jatuh bangun, gembira, sedih, kealpaan.
Tapi paling terkesan bila memikir betapa bodohnya aku hidup sebagai orang islam yang masih alpa dan tiada peningkatan dalam bab agama dan amalan. Setiap hari masih melakukan perkara sama. Ada masa memikirkan bagaimana aku mengadap Allah nanti? adakah Dia sudi mendengar dan melihat aku bila di hari pembalasan?
Mata mula basah dengan air mata ketakutan dan kebodohan akan alpanya aku. Ada masa bila dalam keadaan gelap aku terfikir bagaimana dalam kubur nanti? Allahuakhbar.
Walaupun lidah tidak istiqomah beristigfar, bertaubat tapi jauh didalam lubuk hati ini agar sentiasa diberi peluang menjadi anak, insan yang soleh dalam sisa baki kehidupan yang masih ada. Tapi bagaimanapun, esoknya terus dalam kealpaan. Nikmat kemanisan untuk beramal tidak konsisten kerana ada masa bercampur dengan masalah kerja, kepenatan dan kemalasan.
Aku takut mati, takut sangat mati dalam keadaan masih dalam kealpaan. Perjalanan hidup aku begitu banyak turun naik, ada masa pergi kedai makan bawa duit syiling saja. Aku segan nak pinjam keluarga aku duit kerana aku anak sulung. Jadi anak sulung apa ini masih tiada pekerjaan tetap.
Aku sekarang bekerja dengan seorang Pak Arab tapi aku terasa seperti ditipu oleh dia kerana sebelum akhir tahun, aku diminta buat kerja dari rumah kerana mereka tengah cari pejabar baru. jadi aku hanya terima kerja melalui panggilan telefon jika ada. Semenjak kerja dari rumah, aku hanya dapat dalam 2-3 tugasan saja. Selepas lengkap sebulan bulan 1 baru ini, aku pun tanya bila gaji akan dibayar. Lalu dia menjawab sekarang tiada pejabat maka dia akan bayar berdasarkan berapa tugasan yang dibuat.
Bayangkan aku hanya dibayar RM300. Aku tak tahu nak cakap apa, Tuhan saja tempat aku menyerah dan bercerita. Sangat berliku perjalanan aku pada tahun baru ini, keluarga aku pun tak tahu hal ini, yang tahu hanya kawan baik aku Amin. Dia sajalah tahu segala masalah dan sangat banyak memberi nasihat.
Alhamdulillah walaupun macam mana pun aku masih ada tugasan freelance yang sedikit sebanyak membantu aku untuk terus bertahan, terima kasih Allah,
Aku percaya ada rezki yang Tuhan akan lorongkan dan moga aku sempat mengembirakan keluarga aku sebelum pergi. Moga Allah mengampuni kita semua,,aammiiiin.
Gambar ni masa 1st job jadi jurugambar kahwin tahun 2012.
Allah berikan rezki ketika aku tengah pening mencari kerja baru.

No comments:
Post a Comment