Wednesday, October 20, 2021

Syif Malam Raya

Assalamualaikum WBT. Kali terakhir aku menulis dalam blog 2019, lama juga tak usik. Aku pun tak tahulah nak bercerita pasal jadi aku nak review filem. Aku sekarang jarang sangat layan movie yang terbaru, banyak layan youtube dengar orang berkongsikan pendapat atau cerita macam channel Kupi Kupi Go, ML Studio dan beberapa channel yang lain. 2 minggu lepas dapat satu idea ingat nak layan filem yang aku tak pernah tengok dan cuba review. Awalnya idea ni aku cadangkan dekat seorang kenalan iaitu Bazilah. Kiranya aku akan bagi 1 cadangan filem dan kami akn buat review tapi review dia akan kongsikan dulu. Lepas tu giliran dia pula pilih 1 filem dan aku pula kongsi review dulu. Tapi Bazilah agak sibuk jadi aku tak mahulah ganggu, tapi aku ingin teruskan juga idea ni dengan aku sendiri kongsi review dekat blog aku ni. Aku bukan seorang review yang profesional jadi ia hanyalah satu review dikaca mata orang awam. Walaupun aku berkerja dalam industri seni dalam bidang grafik. Ia lansung tiada kena mengena dengan industri filem walaupun sama-sama dibawah nama seni. Cara review aku simple saja, aku akan buat 3 part iaitu sebelum, semasa dan kesimpulan. Aku takdalah nak review terlalu detail sebab tak reti sangat. Filem pertama yang akan aku review adalah Syif Malam Raya. Semasa filem ni keluar secara terus terang aku tak rasa nak tengok. Bila tengok barisan pelakon pada poster, pandangan aku seperti ini hanyalah 1 filem komedi yang bersahaja. Jadi tiada kelainan buatkan aku tertarik untuk menonton. Sepanjang aku menontot filem ni, ada beberapa part je aku gelak. Pertama masa Atu Zero masukkan jari Syarif Zero kedalam hidungnya dan gelagat dari Yoe Parey. Itu saja part yang aku gelak. Bukan tak kelakar cuma lawak yang ada dalam filem ni banyak kali dah dihidangkan seperti lakonan Asif yang merupakan pelakon youtuber daripada Drama Spontan. Asif bukan tak kelakar cuma lawak dia tu dah selalu tengok dan digunakan balik konsep tu dalam filem ini. Dan juga lakonan Ropie, maaf walaupun aku peminat Ropie tapi aku rasakan perkara sama. Lawak yang dah biasa tengok dekat JKK Kampung Kalut dan Maharaja Lawak Mega. Dari segi jalan cerita masih lagi boleh aku layan sebab cerita simple saja takda rasa berat nak kena faham. Pasal teknikal mengenai warna, shot, lagu dan editing aku taknak sentuh. Filem ini untuk aku repeat tengok lagi tu tak. Mungkin kalau nak layan dengan keluarga atau kawan-kawan malam minggu bolehlah kalau tak tahu nak layan filem apa. Secara keseluruhan aku bagi rate 2/5 bintang.

Friday, March 1, 2019

Serius

Tiada idea nak taip apa tapi tangan gatal nak menaip. Saya mengalami masalah kerja sekarang, agak serius. Awal tahun lepas, saya bekerja kejap di Damansara dengan seorang Dato. Bisnes produk kosmetik dan kesihatan. Pertama kali bekerja sebagai in-house designer. Saya berkerja selama 3 bulan sahaja, kenapa? Saya boleh katakan tak tersentuh kerja hakiki saya sebagai designer tetapi sibuk dengan hantar barang, jadi pemandu, kira stok. Dato ini wanita ya, suami dia Dato juga tapi dia minta panggil bos saja.

Saya mengambil langkah berhenti kerja kerana saya terasa macam hamba, dimana last minit ketika waktu malam Dato minta saya pergi Terengganu esok dan minta bawa sekali kotak produk dekat ofis. Saya ingat 1-2 kotak tapi ada dalam 5-6 kotak. Bukan kotak kecil tapi perlu pegang dengan 2 tangan untuk angkat 1 kotak itu. Sampai hotel ingat dapatlah bilik best sekali dia book saya bilik paling murah. Bilik tu jauh, ada lorong kena lalu stor hotel, serius macam pergi black market. Apalah labur sikit dekat staff bagi bilik yang baik sikit, bukan minta VIP room pun.

Lepastu ada lagi masa kerja dekat Penang, last minit mak saya tak sihat. Minta pelepasan untuk pulang ke Kajang, saya ke Penang naik kereta syarikat jadi minta kebenaran guna kereta itu. Dato minta tanya suami dia dulu. Suami dia kata minta tenangkan diri dulu esok kita bincang. Adik-adik saya dah telefon tanya bila nak balik, masa itu agak stress juga. Keesokkan harinya saya telefon suami Dato dan dia tak bagi guna, dia minta saya balik guna bas. Kalau cakap awal-awal saya beli tiket semalam balik pagi. Saya terus pergi beli tiket, lepastu saya siap kemas baju tiba-tiba staff kata bos minta saya bawa balik buah pisang muda yang dekat rumah bos di Penang.

Gila setandan pisang besar tu nak bawa naik bas, dah lah tak bagi guna kereta lepastu banyak songgeh. Patah tangan bawa pisang tu, serius berat. Hati tengah risau pasal mak lepastu bos buat hal memang tak fikir panjanglah. Makin membara-bara api nak berhenti kerja.

Serius ini antara kerja paling tak best dalam pengalaman saya. Lepastu saya jumpa manager lama dan offer kerja sebagai pereka grafik dengan dia dalam bisnes ayam. Tugas saya buat poster, konsep logo, packging, bunting, layout concept. Selepas beberapa minggu bos saya minta join projek dia iaitu Pasar Komuniti. Secara asas ini pasar pagi dikawasan taman dan harganya dijual dengan harga murah.

Projek ini ok tapi dari segi manage dia kurang menjadi sebab kurang sambutan dan ada masalah orang dengki. Dalam masa sama kami turut serta dengan LKIM dalam projek mereka, setiap sabtu ahad akan ada 2-3 lokasi area selangor akan jual ayam, ikan, sayur dan buah-buahan dengan harga yang sangat berpatutan. Ayam segar sekilo RM5.99, mana nak jumpa.

Selepas beberapa bulan kami mula aktif dengan FAMA. Jadi saya diberi tugasan untuk handle bahagian operasi. Sebenarnya manager saya yang patut handle tapi bos pening bila manager handle. Sangat-sangat penat sampai last-last saya selamba bawa lori 5 tan sebab pening karenah pemandu lori. Pernah hanya tidur 1 jam lepastu kena buat kerja berat. Walaupun jualan ini hanya sabtu ahad tapi kena handle baik-baik sebab ada 5-6 tempat perlu di hantar sebelum pukul 8 pagi, Bayangkan satu tempat paling kurang 150ekor ayam, patah pinggang nak angkat.

Rasanya 6bulan saja saya kerja lepastu berhenti sebab banyak hal dari segi management, pemborosan stok, tak bayar overtime dan kwsp. Baik saya berhentilah, bos saya jenis suka berhutang dan bila masa bayar dia silent. Makin banyak benda terbuka maka saya ambil langkah untuk undurkan diri.

Selepas itu saya fokus buat freelance sahaja sebab nak berehat kejap, patah pinggang kerja sebelum ini, Paling gila pernah angkat 2000ekor ayam itu bawa ke Pahang. Selepas hampir 2 bulan buat freelance, saya mula fokus cari kerja, Alhamdulillah ada seorang wanita berbangsa arab berminat dengan design saya dan offer saya kerja. Saya mula lapor diri pada awal bulan 12 tahun lepas.

Bos saya yang orang arab ni baru saja nak buat bisnes umrah. Maka saya mula dengan design logo, namecard, poster, letterhead & profile company. Kerja dengan dia tak susah cuma suka tukar benda kecil dan take time untuk proceed. Syarikat saya ini tumpang ofis kawan dia, nak dijadikan cerita selepas sebulan saya kerja  mereka nak pindah ofis. Bos saya taknak follow walhal sebelah saja banggunannya, alasan bos saya banggunan lama. Yup memang itu banggunan lama, kawan dia pindah sebab sewa lebih murah, Bos saya ni cerewet sikit.

Last day sebelum mereka keluar, bos jumpa saya dan beritahu yang mereka tengah cari pejabat baru dan sekarang kita akan bekerja hanya dari rumah, jadi segala task akan diberi melalui telefon atau whatsapp. Alhamdulillah, saya terasa satu peluang yang sukar dicari. Masuk saja tahun baru, bermulalah saya bekerja hanya dari rumah. Selama sebulan, saya hanya terima dalam 3-4 task sahaja, Dan segala task itu bukan melibatkan kerja syarikat.

Tiba-tiba bos saya beritahu awal bulan 2 nak jumpa saya dengan founder baru untuk bincang hal gaji dan kontrak. Saya sangat bersyukur kerana nampak ok semuanya. Selepas masuk bulan 2, saya   whatsapp bos saya tanya hal gaji. Bos saya terus telefon saya dan kata saya salah faham kerana dia dah beritahu semasa last dekat pejabat yang hanya akan bayar berdasarkan task.

WHAT!!!

Ya Allah, dia hanya bankin  rm300. Saya tahu tak pandai sangat cakap english tapi saya bukan bodoh. Serius dari situ satu per satu saya dah nampak permainan dia. Sebelum ini cakap awal bulan 2, lepastu minggu kedua, hujung bulan 2 dan yang terakhir awal bulan 3. Nak nampak serius sikit dia kata nanti lawyer dia akan telefon saya bincang pasal kontrak kerja,

Saya malu sebenarnya dengan keluarga, anak sulung dan abang yang tidak berjaya. Kawan baik sayalah tempat mengadu masalah. "Aku percaya rezeki engkau lepasni besar Nas", ini antara ayat penyejuk hati kawan baik saya. Sekarang ini Alhamdulillah saya buat freelance dengan satu company yang amat percaya dengan hasil kerja saya. Ini kali ketiga mereka minta saya design projek event mereka. Terima kasih Allah kerana sentiasa menolong.

Saya ada berkenal dengan seorang perempuan, dia bekerja sebagai cikgu. Dulu saya rajin whatsapp dia tapi bila masalah kerja ini muncul saya terus senyapkan diri. Pernah sebulan tak on sosial media. Saya malu dengan life kerja saya. Sibuk nak mesej anak dara orang tapi kerja tak terurus.

Siapa yang tak nak kahwin tapi kalau kerja pun timbul tenggelam memang tertangguhlah hasrat dari tahun ke tahun. Saya takut ada pengharapan baik saya perlahan mengundurkan diri. Sayanglah juga sebab dah ada perasaan suka tapi kenalah sedar diri. Dia berkerjaya, saya bertukar-tukar kerja. 

Saya doakan moga Allah pertemukan dia dengan lelaki yang betul-betul jaga dan menyayanginya..aamiiinnnn. Dan juga kepada yang sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ini, semoga Allah permudahkan segalan urusan kalian..aaamiiinnn.





Tuesday, February 26, 2019

Mentaliti

Harini terjumpa satu post dari Caprice di instagramnya yang menyentuh isu hal seorang artis yang dah berhijrah menegur isu konsert Blackpink. Saya terus terang menyokong kedua-duanya tetapi cara Caprice lebih berhemah. Kenapa saya kata begitu?

Orang malaysia terutamanya orang melayu sangat terkenal dengan sikap memerli. Menegur itu tidak salah tetapi bukan cara memerli. Saya secara jujur suka cara Caprice kerana cara dia sama seperti Ustaz Ebit Lew dimana ia selami jiwa orang bukan terus beri teguran. Sebab itu ramai orang gagal dalam teguran kerana kebanyakkan orang terlalu menghentam atau attack secara direct tanpa mengambil sedikit ruang untuk memahami atau menangkap jiwa orang itu.

Satu saja persoalan saya pada artis yang menegur hal konsert Blackpink, zaman muda kamu dulu pernah juga minat artis kan? Kenapa tidak cuba memahami minat mereka itu dan cari point yang lebih berhemah dalam menegur. Kerana teguran itu betul tapi bukan semua orang memahami, menerima dan mempunyai perasaan yang sama.

Disini saya tidak menyokong konsert Blackpink tetapi cara kita menegur sesuatu hal itu terlalu keras seumpama kita tidak pernah seperti mereka dulu. Mereka yang fanatik dengan Blackpink dimana selepas 10 tahun akan datang mereka pasti tidak fanatik lagi dan mungkin berubah. Sebab itu kenapa ramai anak muda memberontak dan jauh dari agama kerana cara pendekatan dakwah itu terlalu menyindir dan tidak mesra.

Bila saya tengok satu post dalam ig dakwah, post mereka bagi saya terlalu memerli. Ayatnya seperti, "tidak ramai orang datang masjlis selawat, tetapi ramai pergi konsert Blackpink sampai pengsan".

Kenapa perlu membanding kalian dengan mereka? Cara kalian ini membuatkan mereka lagi sukar dekat dengan kalian malah sanggup mempertahankan Blackpink mereka. Ada satu komen dari post itu dimana, "Ingat semua yang pergi konsert Blackpink tak solat tahajjud ke?" Paling menyedihkan banyak yang balas dan perli pada komen itu. Nampak tak budaya ini takkan habis kerana tiada penyudah.

Saya pernah dengar seorang ustaz bercerita bagaimana cara Rasulullah SAW mengeur kesalahan seseorang. Jika apa yang saya cakap salah mohon tegur. Dimana Rasulullah sebelum menegur atau memberi nasihat, baginda akan mengambil hati orang itu dulu dengan menanya khabar, bersembang perkara yang menyenang untuk tangkap jiwa orang itu. Bila orang itu senang dengan baginda, baru baginda menegur orang itu. Nampak tak cara Rasulullah SAW dalam menegur? Baginda begitu menitik beratkan perasaan orang bukan mementingkan perasaan diri.

Setiap perkara ada cara dan teknik apatah lagi dalam hal menegur, ia bukan sekadar terus cakap direct. Tahu pasti ada orang kata, "Saya jenis cakap lepas saja, tak suka simpan-simpan". Tak kisah nak cakap lepas tapi ingat, kita hidup didunia ini bukan berakhir didunia tetapi akan dibangkitkan semula dan dpersoalkan balik. Jadi berhati-hati.



Thursday, February 21, 2019

Tua

Dah lama tak menaip, jadi harini aku saja nak sembang pasal topik 'Tua'. Pada aku bila orang bertanya pasal usia, serius aku sudah berasa cukup tua. Bukan rambut mula memutih, kulit mula mengedut atau penglihatan makin kurang jelas.

Tetapi perasaan tua diatas pantasnya masa berlalu. Harini sahaja sudah berada dihujung bulan 2 sedangkan seperti masih terasa baru masuk tahun baru. Aku kadang-kadang sebelum tidur mesti datang perasaan untuk melihat kembali kisah-kisah masa silam hidup aku. Jatuh bangun, gembira, sedih, kealpaan.

Tapi paling terkesan bila memikir betapa bodohnya aku hidup sebagai orang islam yang masih alpa dan tiada peningkatan dalam bab agama dan amalan. Setiap hari masih melakukan perkara sama. Ada masa memikirkan bagaimana aku mengadap Allah nanti? adakah Dia sudi mendengar dan melihat aku bila di hari pembalasan?

Mata mula basah dengan air mata ketakutan dan kebodohan akan alpanya aku. Ada masa bila dalam keadaan gelap aku terfikir bagaimana dalam kubur nanti? Allahuakhbar.

Walaupun lidah tidak istiqomah beristigfar, bertaubat tapi jauh didalam lubuk hati ini agar sentiasa diberi peluang menjadi anak, insan yang soleh dalam sisa baki kehidupan yang masih ada. Tapi bagaimanapun, esoknya terus dalam kealpaan. Nikmat kemanisan untuk beramal tidak konsisten kerana ada masa bercampur dengan masalah kerja, kepenatan dan kemalasan.

Aku takut mati, takut sangat mati dalam keadaan masih dalam kealpaan. Perjalanan hidup aku begitu banyak turun naik, ada masa pergi kedai makan bawa duit syiling saja. Aku segan nak pinjam keluarga aku duit kerana aku anak sulung. Jadi anak sulung apa ini masih tiada pekerjaan tetap.

Aku sekarang bekerja dengan seorang Pak Arab tapi aku terasa seperti ditipu oleh dia kerana sebelum akhir tahun, aku diminta buat kerja dari rumah kerana mereka tengah cari pejabar baru. jadi aku hanya terima kerja melalui panggilan telefon jika ada. Semenjak kerja dari rumah, aku hanya dapat dalam 2-3 tugasan saja. Selepas lengkap sebulan bulan 1 baru ini, aku pun tanya bila gaji akan dibayar. Lalu dia menjawab sekarang tiada pejabat maka dia akan bayar berdasarkan berapa tugasan yang dibuat.

Bayangkan aku hanya dibayar RM300. Aku tak tahu nak cakap apa, Tuhan saja tempat aku menyerah dan bercerita. Sangat berliku perjalanan aku pada tahun baru ini, keluarga aku pun tak tahu hal ini, yang tahu hanya kawan baik aku Amin. Dia sajalah tahu segala masalah dan sangat banyak memberi nasihat.

Alhamdulillah walaupun macam mana pun aku masih ada tugasan freelance yang sedikit sebanyak membantu aku untuk terus bertahan, terima kasih Allah,

Aku percaya ada rezki yang Tuhan akan lorongkan dan moga aku sempat mengembirakan keluarga aku sebelum pergi. Moga Allah mengampuni kita semua,,aammiiiin.



Gambar ni masa 1st job jadi jurugambar kahwin tahun 2012.
Allah berikan rezki ketika aku tengah pening mencari kerja baru.

Wednesday, October 31, 2018

Seronok Perli

Semua orang ada hak untuk suka atau tidak kerana itu pilihan mengikut minat atau citarasa masing-masing. Tetapi didalam suka ada batasnya iaitu jangan taksub. Kerana didalam taksub akan ada berlebih-lebihan dan pemikiran sempit.

Aku suka layan youtube dan minat baca komen kerana disana ada perkara menarik diperbincangkan akan tetapi keburukkan lebih banyak. Contohnya bila aku melayan lagu dan bagi aku itu hak orang untuk suka atau tidak pada lagu tersebut. Tetapi perlu ke kita perli pada orang yang tidak suka lagu tersebut, komen yang biasa aku jumpa, "Yang dislike tu peminat Aiman Tino". Malah komen begini orang berlumba-lumba untuk taip.

"Alah Nas, dia gurau saja tu".

Ya, mungkin gurau tetapi budaya begini sebenarnya sangat tidak sihat. Ada yang berbalah pada komen tersebut dan mula keluar ayat carut, kutuk dan ada juga komen berbalas menghina. Kadang niat bergurau itu tidak kena pada tempat sebab ia begitu public maka ramai yang akan baca dan balas. Tak semua gurauan itu semua orang boleh terima, lainlah bergurau dengan keluarga atau sahabat kerana ia satu kumpulan kecil yang memahami siapa diri kau.

Komen perli ini terlalu banyak dan jika ia berterusan maka generasi muda selepas ini tidak akan segan silu komen perli kena-kena pada bab agama hingga tiada rasa bersalah.

Sekarang kita boleh lihat macam mana budaya orang luar negara berjaya meracuni minda orang islam khususnya. Mereka tahu kekuatan orang islam sebab itu bila berlaku perperangan dengan orang islam, mereka susah untuk menang. Lalu mereka mula memerangi secara halus melalui budaya dan pemikiran.

Sebab itu kita lihat bagaimana budaya perli (roasting) dijadikan komedi dan tv show dari luar negara. Berlumba siapakah pemerli paling hebat dan kelakar, sampaikan ada tahap ia membuka aib seseorang. Mereka yang diperli tidak boleh simpan dalam hati dan kena menerimanya secara terbuka. 

Nampak tak budaya ini sekarang begitu dekat dengan orang kita bilamana orang akan cakap, "Engkau ini serius sangatlah". Sampaikan orang yang diperlikan tidak boleh pertahankan dirinya.

Malaysia sekarang sudah ada tv show bagi budaya perli ini iaitu 'Arena Panggang'. Kita melihat seorang artis rosting oleh semua peserta dalam show tersebut. Aku cakap awal-awal berkemungkinan show ini akan jadi pertandingan dan dibuka kepada orang awam turut serta.

Politik, agama, negeri sahaja sudah cukup buatkan orang kita berpecah dan berpuak-puak, jika budaya ini dijadikan pertandingan maka akan tambah satu perpecahan lagi.

Pada aku budaya ini sangat jauh dengan agama islam kerana islam sangat menitik beratkan dalam menjaga hati sesama manusia dan tali persaudaraan. Kita semua mahu melihat islam itu gah pada negara kitakan? Tapi begitu banyak budaya luar kita biarkan ia masuk dan menjadi sebati dalam diri terutama anak orang melayu. Islam lama-lama hanya menjadi hukum dan peraturan negara sahaja bukan ada pada diri orang islam itu sendiri.




1st time luruskan rambut. Walawei